Saturday, 9 July 2011

Perutusan Ketua Eksekutif


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 
Sepertimana yang anda semua sedia maklum, PKNNS merupakan sebuah agensi yang ditubuhkan untuk pembangunan usahawan bumiputera di Negeri Sembilan yang mana usahawan terdiri daripada sektor pertanian, perkilangan, perkhidmatan serta kemahiran. Bertepatan dengan moto PKNNS "Merintis Perubahan, Menjana Kemajuan" pihak perbadanan bercadang untuk melahirkan 5000 orang usahawan dalam tempoh 5 tahun dari sekarang. Mana-mana bumiputera yang ingin mengambil kesempatan ini bolehlah berhubung dengan pihak kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tambahan kepada perkara tersebut, PKNNS sedang dalam usaha untuk membangunkan bandar-bandar serta kawasan perindustrian yang baru khas untuk bumiputera berniaga bertepatan dengan usaha untuk melahirkan lebih ramai usahawan. PKNNS juga dalam rangka kerjanya untuk menghidupkan semula projek-projek yang telah terbengkalai atau tersadai seperti kawasan pertanian Rembang Panas dan Kompleks Perniagaan PKNNS di Seremban 2. Pembangunan Tanah Baru serta projek perumahan akan diteruskan untuk membantu rakyat-rakyat di Negeri Sembilan untuk memiliki rumah sendiri bertepatan dengan prinsip kerajaan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Akhir kata, saya amat mengalu-alukan pandangan, cadangan, idea-idea dan juga kritikan-kritikan yang membina daripada pengunjung-pengunjung untuk dijadikan inspirasi dan input dalam membawa satu senario baru yang akan memberi banyak kemudahan bagi kemajuan kawasan kita sama ada dari segi pentadbiran mahupun pembangunan infrastrukturnya dan dapat memandu PKNNS ke arah visi untuk menjadi sebuah agensi amanah yang progresif, inovatif, kompetitif dan dihormati dalam melaksanakan polisi-polisi pembangunan kerajaan dan sebagai jentera penggerak pertumbuhan ekonomi dan sosial negeri ke arah mencapai taraf Negeri Sembilan Maju Tahun 2020. Selamat melayari laman web rasmi Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan. 



DATO' HJ MOHD YUSOF BIN YUNUS
Ketua Eksekutif
Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment