Wednesday, 13 July 2011

Cadangan Untuk Meningkatkan Daya Saing D'S2 Mall

Assalamu'alaikum wbt.,

Melalui perbincangan tidak rasmi di antara penyewa-penyewa lot kedai di D'S2 Mall, Kompleks PKNNS, telah memberikan cadangan yang bernas dan membina. Di antara cadangan-cadangan adalah seperti berikut :


 1. Meminta pihak PKNNS membuat hebahan melalui Radio FM Negeri  Sembilan     tentang D'S2 Mall yang telah beroperasi untuk para pengunjung membeli belah di lot-lot kedai pilihan mereka.


2. Memaparkan iklan promosi di website PKNNS tentang D'S2 Mall yang telah pun operasi.


3. Membuka bazar jualan di hadapan D'S2 Mall pada bulan Ramadhan untuk menarik ramai orang berkunjung ke D"S2 Mall.


4. Memasang lampu (spotlight) pada waktu malam diluar D'S2 Mall supaya nampak lebih menarik secara tidak langsung akan menarik perhatian orang ramai yang melalui kawasan tersebut.


5. Menawarkan lot-lot kedai yang masih belum dipenuhi kepada penyewa-penyewa         lot yang sedia ada untuk dibuka dengan segera pada kadar sewaan dan deposit yang menarik.


6. Menampal notis "Akan Dibuka" di lot-lot kedai yang masih melakukan kerja-kerja ubahsuaian dan persediaan. Notis mestilah ditampal oleh pihak PKNNS sendiri untuk meyakinkan orang ramai.


7. Memberikan  notis singkat (short notice) kepada pendeposit lot-lot kedai yang masih belum membuat apa-apa persediaan untuk membuka kedai.


8. Pihak PKNNS perlulah lebih telus tentang lot-lot kedai yang masih belum disewakan (belum membayar deposit) tetapi telah dipohon oleh pemohon yang berminat. Pihak PKNNS perlulah mengiklankan di website PKNNS dan di Kompleks PKNNS sendiri dengan tujuan orang ramai yang betul-betul berminat boleh memohon di lot-lot kedai tersebut.


9. Pihak PKNNS perlulah merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti bulanan dan tahunan di D'S2 Mall secepat mungkin sebelum musim perayaan demi meningkatkan lagi promosi pembukaan D'S2 Mall.


10. Memberikan ruang kepada syarikat-syarikat besar untuk membuat promosi mengikut produk masing-masing seperti Digi, Celcom, Maxis, Naza, Perodua, Proton Edar dan Telekom di D'S2 Mall.


11. Dan....eh banyak lagilah kalau nak dicadangkan untuk meningkatkan daya saing dan promosi D'S2 Mall




Sekian, terima kasih.




Wallahu'alam....

No comments:

Post a Comment