Assalamu'alaikum wbt...
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt, selawat dan salam ke atas junjungan Baginda Rasul saw.
Ah!!..D'S2 Mall? Secara rasmi kompleks perniagaan bumiputera ini dibuka pada 1hb Julai 2011. Terdapat pelbagai lot kedai yang menawarkan beraneka produk dan servis. Tempat yang menarik untuk berbelanja dan bersantai seisi famili.
Persekitaran yang bersih dan berhawa dingin amat sesuai untuk menghabiskan masa sambil melihat pelbagai produk tempatan dan luar yang boleh didapati dengan harga yang berpatutan. Di samping itu, layanan mesra dari pekedai-pekedai yang begitu ramah akan membantu para pelanggan untuk mendapatkan produk atau servis yang dikehendaki.
Rantaian produk merangkumi segenap peringkat umur, dari bayi hingga orang dewasa. Pelbagai jenis busana dari butik ternama boleh didapati. Selain itu, pelbagai jenis tudung kontemporari terdapat di beberapa lot kedai. Untuk bayi dan kanak-kanak tidak ketinggalan juga rekaan, fesyen dan jenama yang unggul dengan harga yang mampu dibeli tidak akan menghampakan para pengunjung. Tempahan dan jahitan baju juga boleh didapati di samping itu untuk bakal pengantin boleh membuat pilihan di D'S2 Mall.
Produk kecantikan dan kesihatan dari stokis-stokis yang ternama juga menawarkan pelbagai pilihan yang dijamin kualitinya. Selain itu pelbagai pilihan makanan dan minuman kegemaran para pelanggan untuk keperluan harian atau musim perayaan terdapat di D'S2 Mall. Tempahan beraneka biskut, kuih-kuih dan kek untuk sambutan Hari Raya sudah dibuka sekarang. Pelbagai kerepek dan maruku boleh didapati dari lot kedai pilihan para pelanggan. Di samping itu lot kedai makanan dan minuman boleh dinikmati bersama rakan dan famili disediakan.
Yang paling istemewa D'S2 Mall juga mempunyi lot untuk sukan ekstrem seperti 'skate board' dan basikal lasak. Pakaian dan kasut untuk bersukan dengan jenama yang unggul juga boleh didapati.
Khidmat dobi, fotostat,pakej andaman, percetakan serta kedai alatulis juga disediakan untuk para pengunjung D'S2 Mall dengan harga terhebat. Tempahan cenderahati, plak dan uniform untuk pelajar sekolah dan koperat juga ada di D's2 Mall.
Produk dari China pelbagai pilihan dengan kualiti yang terjamin seperti lampu hiasan dan bunga hiasan kegemaran terkini boleh didapati dengan harga yang berpatutan. Peralatan perabot untuk kediaman yang berkualiti tinggi terdapat di ruang legar D'S2 Mall dengan pelbagai corak dan rekaan. Barangan hiasan dalam dari luar negara yang eksklusif seperti pasu, barangan tembaga, kristal dan pelbagai lagi juga ada di D's2 Mall.
Kedai telekomunikasi untuk kemudahan pengunjung mendapatkan khidmat baik pulih 'handphone' serta 'top-up' juga boleh didapati di D'S2 Mall. Studio fotografi menawarkan harga permulaan yang baik untuk pengunjung D'S2 Mall. Kedai serbanika untuk kegunaan harian juga terdapat di D'S2 Mall.
Terdapat pelbagai lot-lot kedai yang masih dalam persediaan yang akan dibuka tidak lama lagi seperti khidmat catering, pusat komputer dan sebagainya.
Berkunjunglah ke D'S2 Mall, kepuasan membeli belah sedang menanti anda di sana. Terdapat banyak harga-harga promosi sempena pembukaan D'S2 Mall di lot-lot kedai terpilih.
Sokongan anda akan menjana ekonomi negara.
Wallahu'alam...
"SPEND AT THE RIGHT COST , AT THE RIGHT PLACE-D'S2 MALL"
ada Banyak lagi yg tak cover tu....datang la tengok sendiri.
ReplyDelete