Thursday, 14 July 2011

Dalaman Dan Luaran D'S2 Mall..

Begitu gah D'S2 Mall dari sudut luaran...

KOMPLEKS PKNNS LEBIH SINONIM DENGAN GELARAN BANGUNAN SAINS

PINTU MASUK UTAMA KE D'S2 MALL (LEFT SIDE VIEW)

KITA TINJAU PULA KEADAAN DI DALAM D'S2 MALL.......


Wau!!!...sangat menarik susunan perabot di ruang legar D'S2 Mall.

Beginilah keadaan di dalam D'S2 Mall...tenang tanpa perasaan.


Agak meriah juga di satu sudut.....

Telah ada penyewa tapi masih 'under renovation'.....

Di aras 1 Wing B D'S2 Mall...semua kedai telah dibuka. Memang happening...tapi yang lebih 'pening' penyewa lot kedai....

What's happening?.......dikatakan ada penyewa di lot tersebut, tapi masih belum dibuka lagi. 'Pening-pening'....



Beginilah keadaan 'escalator'...pergerakan yang tak dapat disaksikan dengan mata kasar...mungkin mata hati boleh memahaminya......PKNNS perlu bertindak segera.





Beginilah keadaan di dalam D'S2 Mall...sesuatu harus dilakukan bersama. Usaha sama di antara pihak PKNNS dan penyewa lot-lot kedai di D'S2 Mall demi menjaga maruah usahawan bumiputera. Apakah perancangan yang terdekat dan masa panjang demi melestarikan D'S2 Mall di masa akan datang? Fikirkanlah....

Wallahu'alam...

Wednesday, 13 July 2011

Cadangan Untuk Meningkatkan Daya Saing D'S2 Mall

Assalamu'alaikum wbt.,

Melalui perbincangan tidak rasmi di antara penyewa-penyewa lot kedai di D'S2 Mall, Kompleks PKNNS, telah memberikan cadangan yang bernas dan membina. Di antara cadangan-cadangan adalah seperti berikut :


 1. Meminta pihak PKNNS membuat hebahan melalui Radio FM Negeri  Sembilan     tentang D'S2 Mall yang telah beroperasi untuk para pengunjung membeli belah di lot-lot kedai pilihan mereka.


2. Memaparkan iklan promosi di website PKNNS tentang D'S2 Mall yang telah pun operasi.


3. Membuka bazar jualan di hadapan D'S2 Mall pada bulan Ramadhan untuk menarik ramai orang berkunjung ke D"S2 Mall.


4. Memasang lampu (spotlight) pada waktu malam diluar D'S2 Mall supaya nampak lebih menarik secara tidak langsung akan menarik perhatian orang ramai yang melalui kawasan tersebut.


5. Menawarkan lot-lot kedai yang masih belum dipenuhi kepada penyewa-penyewa         lot yang sedia ada untuk dibuka dengan segera pada kadar sewaan dan deposit yang menarik.


6. Menampal notis "Akan Dibuka" di lot-lot kedai yang masih melakukan kerja-kerja ubahsuaian dan persediaan. Notis mestilah ditampal oleh pihak PKNNS sendiri untuk meyakinkan orang ramai.


7. Memberikan  notis singkat (short notice) kepada pendeposit lot-lot kedai yang masih belum membuat apa-apa persediaan untuk membuka kedai.


8. Pihak PKNNS perlulah lebih telus tentang lot-lot kedai yang masih belum disewakan (belum membayar deposit) tetapi telah dipohon oleh pemohon yang berminat. Pihak PKNNS perlulah mengiklankan di website PKNNS dan di Kompleks PKNNS sendiri dengan tujuan orang ramai yang betul-betul berminat boleh memohon di lot-lot kedai tersebut.


9. Pihak PKNNS perlulah merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti bulanan dan tahunan di D'S2 Mall secepat mungkin sebelum musim perayaan demi meningkatkan lagi promosi pembukaan D'S2 Mall.


10. Memberikan ruang kepada syarikat-syarikat besar untuk membuat promosi mengikut produk masing-masing seperti Digi, Celcom, Maxis, Naza, Perodua, Proton Edar dan Telekom di D'S2 Mall.


11. Dan....eh banyak lagilah kalau nak dicadangkan untuk meningkatkan daya saing dan promosi D'S2 Mall




Sekian, terima kasih.




Wallahu'alam....

Monday, 11 July 2011

WIDURI BERKAT ENTERPRISE

Ruang niaga Widuri Berkat Enterprise - T1-15, Tkt. 1, D'S2 Mall

Begitulah keadaan lot kedai Widuri pada hari minggu. Amat memberangsangkan kehadiran para pengunjung. Pelbagai jenis rantaian produk makanan dipamerkan. Ehm!!!!....kurma pun dah ada. Insyaallah, umur panjang sempatlah kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mubaraq. Maka ibadah puasa akan dilaksanakan dengan penuh taqwa...ameen.

Widuri menjual pelbagai rantaian makanan ringan tradisi bumiputera seperti kerepek-kerepek, maruku-maruku, kuih dan biskut raya serta pelbagai jenis kacang. Yang paling istimewa Widuri ada menjual Jeruk Madu Pak Ali...Penang mai...baik punya. Disamping itu, Widuri juga tidak ketinggalan mempamerkan pakaian untuk kanak-kanak yang eksklusif pilihannya.

Widuri membenarkan lensa kami meninjau lot kedainya. Sedikit yang dapat dipaparkan di sini. Jom....meh kita tengok apa yang ada di lot kedai Widuri.

Eh!..ni gambar PM- apa kaitan dengan Widuri?


Pm duk senyum tengok sudut pakaian kanak-kanak dan orang dewasa. "Macam pernahku lihat, tapi di mana ya?" kata PM. Dah tentu di lot kedai Widuri tu Dato' Seri...di mana lagi, di D'S2 Mall la..



















Jom...moh PM, kita tengok sudut makanan lah pulok. PM ni orang Pekan. Kena la loghat Pekan pulok. Eh!..ni bukan makanan PM, saloh ni..ni budak PUM. Anak didik PKNNS. PKNNS telah mensasarkan 5000 orang usahawan dalam tempoh 5 tahun. PM kena support usaha PKNNS ni.

Smart Group Sdn Bhd- PUM SMKSJ

Hah!...ni baru makanan....

 Kacang Hijau Salut/Kacang Rani/Kacang Jepun

Pelbagai kerepek-stok minggu depan sampai

Pelbagai Biskut Raya - untuk tempahan raya

Lagi..pelbagai jenis kerepek dan maruku. Orang kita pun dah pandai buat maruku.

Lagi-lagi kerepek dan maruku

Kerepek lagi......

Kerepek kacang dhal

Kerepek kacang hijau

Kerepek kacang apa pulok ni....

Tumpi/Ketumpi dan Rempeyek/Tempeyek...bukan Mat Rempit

Sebarisan Jeruk Madu Pak Ali. Ada cerita sikit tentang jeruk Pak Ali ni...
JERUK Madu Pak Ali kini lebih sihat dan menyegarkan, ditambah dengan madu asli, menggunakan cuka epal yang terbukti berkesan untuk kecantikan dan kesihatan, air jeruk boleh terus diminum, dijadikan koktail, dan telah memperolehi sijil halal Jakim.

Jeruk Madu Pak Ali merupakan produk jeruk Islam yang dipasarkan secara menyeluruh keseluruh Malaysia,
Bermula tahun 1985 jeruk madu Pak Ali ini telah diusahakan, dan kini beroperasi di IKS Tawar,
Berbagai jenis jeruk dapat diperolehi di sinI,
Produk jeruk pak Ali juga telah dijadikan satu produk pertanian yang digunakan sebagai pengenalan produk pertanian Pulau Pinang.
KELEBIHAN JERUK MADU PAK ALI
Seratus peratus pengusaha Islam.
Tidak menggunakan gula sakarin sebaliknya hanya gula biasa.
Menggunakan madu lebah asli.
Tidak mengakibatkan Batuk
Air jeruk jernih.
Menggunakan pengawit yang sedikit,
Diyakinan Halal.
JENIS-JENIS PRODUK JERUK MADU PAK ALI
JAMBU BATU
SENGKUANG
KELUBI
BETIK
MEMPELAM
PELAM SALA
KELUBI
SALAK
PALA
BERMACAM LAGI JENIS JERUK YANG ADA DAN SEDIA UNTUK DINIKMATI. 

Sebarisan kerepek dan maruku

Semuanya ada..kurma, bahulu dll...

Kurma Mehr..Prima Dates bertangkai
Kurma Qasiem tanpa tangkai

Sebarisan kurma-kurma Tunisia

Keropok segera pedas bersira...from Kelate deh..

Jejari udang...bukan jejanggut atau kekaki udang

Pergh!!!...Popiah Nestum..sangat popular

Pagoda....ni makanan bukan baju Pagoda tu...

Kacang Salut Berempah......yang terlaris jualannya. Top seller..

Cicit Mat Kilau...tengah berpencak silat semasa pembukaan lot kedai Widuri.

Malang sungguh nasib cicit Mat Kilau kena kunci maut masa buat persembahan pembukaan kedai....gigi macam T-rex lah pulok.

Eh!...skodeng lah pulok cicit Mat Kilau ni...mengintai di celah jari.

Terlalu laris masa hari pembukaan kedai Widuri...rak hampir dipenuhi angin

Laris sungguh......

Beginilah keadaan masa hari pembukaan kedai Widuri, terlalu ramai pengunjung hingga duduk di atas lantai.

Rak pakaian pun dibeli pelanggan....yang tinggal hanya bahulu dan bahugua

Inilah keadaan sebelum pelanggan membeli rak pakaian dan pakaian.

Sebahagian kedai habis dijual..tinggal sebahagian lagi belum terjual.

Beginilah keadaan kedai sebelum terjual sebahagiannya

Kedai dibuka tapi sepi tanpa pengunjung...tokey kedai pun tak nampak.

Nampak macam banyak barang..sebab besi pengadang termasuk dalam lensa sekali.

Kegembiraan pelanggan jelas terbayang apabila mengunjungi kedai Widuri...walaupun offer bin tu tinggal 1 tin air belumterjual.

Pengunjung kedai mula membanjiri kedai Widuri...

Pelancung dari Korea berkunjung ke kedai Widuri.

Pengurus Widuri Berkat Enterprise.
Beliau meminta fotonya dikaburkan. Katanya takut dikenali oleh PM. Sebab PM tu sekampung dengan beliau. Beliau juga berasal dari Pekan. Beliau sangat luas pengalaman dalam dunia perniagaan. Keluasan itu jelas kelihatan pada diri beliau.

"Kepada pengunjung blog D'S2 Mall, yang jauh mahupun dekat sudi-sudilah berkunjung ke kedai Widuri. Ambillah kesempatan yang ada untuk berkunjung ke D'S2 Mall sebelum kesempitan yang datang," kata Pengurusnya  

WIDURI BERKAT ENTERPRISE 
Lot T1-15, Tkt. 1, D'S2 Mall, Kompleks PKNNS,
Jalan Persiaran S2/B1, 70300 Seremban,
Negeri Sembilan DK.
Kedai dibuka Isnin-Isnin dari 10.00am till 9.30pm
HP: 014-543 5698/019-743 9282
puteri.inn@gmail.com
eezan.kams@gmail.com

(Kepada pembekal atau pembuat makanan yang berminat untuk memenuhi ruang niaga Widuri dengan produk masing-masing sila hubungi Pengurus untuk berbuat demikian. Tiada kos dikenakan untuk mempamerkan produk. Pihak Widuri juga tidak akan mengeluarkan kos untuk tujuan tersebut)

Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Syukuran Jazilan